Thursday, December 08, 2005

sajak-sajak 15

TIDAKLAH KAMU KISAH

Ketika aku ingati memori
ia kan berputar seperti roda ferris
hanya kenangan kaku berulang
lalu bagaimana aku tidak bimbang
adakah seadanya aku wujud
dalam ingatan kamu

Debu di bawah tapak kakimu
adakah aku?
bila kamu kesatkan di alas
tidaklah kamu kisah lagi
mati aku dan tanpa nafas
adakah aku mengaduh pada Tuhan
supaya menjadi bunga kuburan
supaya aku menghargai sunyi
sebagai kehidupan
untuk sebuah ketidakwujudan
lalu menghargai kamu
sebagai ketidakupayaan aku


TANPA TAJUK

Waktu akan membuatkan luka sembuh
tapi parut tetap jua tampak hodoh
seperti hantu ia melatari waktu sunyi
dengan ketakutan dan rasa ngeri
ia mendekat lalu membakar rasa benci
aku mau jampi kamu mati.


HARI KEMATIAN BAPA

Pagi itu aku bagun lewat
tadi malam kami tidak lelap
kerna ada jet pejuang menembak
Ikram mengejut aku kasar
katanya bapa mati di pasar
ditembak peluru sesat
ketika aku bermimpi tentang
tulip kembang dan salji
di kota Rafah
berwarna merah







komik lerang Snoopy ini di angkatmuat daripada:
http://www.snoopy.com/comics/peanuts/archive/

Friday, December 02, 2005

bab 2.2 (Peperangan Pertama)

Kata bapa “ Kalau kamu dapat lihat cahaya pertama matahari pagi, hari itu akan jadi hari yang baik buat kamu.”

Aku telah lihat cahaya pertama matahari pagi hari ini, cahaya keemasan yang muncul di sebalik banjaran Wangsa yang beralun-alun seperti ombak gergasi, terus menikam mata aku seperti pesona mata Nania Sirh dari balik selendangnya, tapi bapa, hari ini bukanlah hari yang baik.

hari ini adalah hari yang paling buruk, lebih buruk daripada hari bila pagi-pagi kita lihat berpuluh lembu-lembu kita mati mengangkang dengan lidah terjelir, hari ini lebih buruk kerana mungkin kita yang akan mati mengangkang dengan lidah terjelir.

Aku menginjak tanah berselut yang lunyai setelah dipijak ribuan askar di hadapanku,

Bersambung,, kata bapa lagi, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, heh?