Wednesday, July 05, 2006

NARHANSTRA

NARHANSTRA 2.7 : Surat Narnia Sirh kepada Anjas Ankara Non.

Surat ini adalah surat pertama yang dihantar Narnia Sirh kepada Anjas Ankara Non.

Saudara Anjas Ankara Non,
Surat ini mungkin aneh kepada anda. Ah, malah seluruh dunia pun akan melihat surat ini aneh barangkali walaupun tanpa sedar hakikatnya dunia ini juga sebenarnya aneh, hidup ini memang aneh, saya aneh dan anda juga aneh. Cuma kerana mahu jadi rasional, keanehan kita telah dikebumikan logik. Kita huraikan dengan falsafah lalu kita pun berubah jadi berprinsip. Lalu kita jadi rigid. Tanpa sedar kita jadi kaku oleh kubu yang kita cipta sendiri. Akal dan tindakan kita membeku lalu menjangkit pada perasaan. Perasaan kita digerakkan oleh akibat dan kesan dari perkiraan dan pertimbangan, lalu kita takut untuk luahkan apa yang benar dari lubuk hati, lalu keliru apakah itu jujur. Apa itu tulus, apa itu ikhlas. Apa itu cinta. Kerana itu bagi saya tidak mengapa kalau anda merasakan bahawa saya aneh apabila mengirimkan surat ini.

Surat kedua.

Saudara Anjas Ankara Non,
Mungkin seharusnya saya ragu-ragu menulis surat ini memandangkan anda tidak membalas surat pertama saya. Mustahil untuk anda menyangka apabila seorang perempuan mengirimkan surat kepada seorang lelaki, ia tidak bermaksud apa-apa.
(Tapi sungguh saya tidak ragu-ragu, sekelumit pun tidak.)
Lalu saya kira mungkin anda khuatir akan ayahanda. Ah, walaupun dia adalah raja anda, tapi dia juga adalah bapa saya. Saya tidak fikir apa yang diri saya perlu adalah atas perkiraannya semata-mata.

ada banyak lagi surat, malas nak taip, ha ha.

NARHANSTRA 2.8 : Aku Yang Mulia dan Agung Mukhad Sirh, Raja Haitur Yang Dilimpah Kurnia

Tidak! Aku bukan menghalang anakku jatuh cinta dengan Anjas itu kerana dia tidak sepadan tarafnya. Kalau benar aku terlalu agungkan duduk aku dan keturunan aku sebagai raja, tentu sahaja aku telah terima pinangan Raja Sintrani dahulu. Aku cuma mahukan dia bahagia. Aku tahu anakku takkan bahagia dengan Raja Sintrani walaupun dia raja sebuah negara dan aku juga tahu dia tidak boleh menyintai Anjas Ankara Non. Aku menolak Raja Sintrani itu dan aku tak menyesal walau akhirnya membawa perang asalkan anakku bahagia hidupnya.
Dan anakku itu, tidak boleh menyintai Anjas Ankara Non kerna mereka sedarah daging. Dia adalah benih aku dan seorang perempuan murah sewaktu aku curang pada arwah ibunya dahulu.

1 Comments:

At 5:50 PM, Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Mortgage life insurance protection Beach house interior decorate idea

 

Post a Comment

<< Home