Sunday, December 31, 2006

NARHANSTRA

NARHANSTRA

“Bila perang, mereka mulai menikmati darah seperti perahan anggur”
-Nania Sirh.
"Bahasa inggeris Nidal semakin baik setiap hari, dialah satu-satunya yg memanggil saya "kakak ku" Dia mengajar nenek bagaimana mengucapkan "Hello, apa khabar?" dalam bahasa inggeris. Kamu akan selalu dengar jentolak dan kereta kebal berulang-alik, tapi orang-orang di sini tetap punya kegirangan yang tulen sesama sendiri, dan kepada saya juga"
e-mel Rachel Corrie kepada ibunya tentang keluarga angkatnya di Palestin.
”Pertama kali aku membunuh manusia, aku menikam dada seorang askar ketika dia berlutut kerana kakinya cedera. Dia memandang aku sebentar, aku nampak matanya bergelinang, menahan sakit atau ketakutan mau mati. Dia mau berkata sesuatu lalu cepat-cepat aku penggal kepalanya.”
-Anjas Ankara Non
”Tapi...tapi itulah perang. Orang tak bersalah itu lebih ramai mati daripada orang yang bersalah. Itulah perang.”
-Mokhsen kepada Suhaidah, ”Adik Datang” ; A. Samad Said.
”Ketahuilah sayang, kematian pasti datang. Yang penting bagaimana cara untuk mati”
-Surat cinta Dr. Azhari untuk isteri.


Maka bermulalah sebuah epik, di sebuah benua yang sangat jauh, di tempat yang sangat jauh...err..kalau rajin, bacalah post terbaru di bawah.

****************************************************
Tulis Mulisch di dalam novelnya "The Procedure" :

"Aku" yang mengisahkan cerita ini, mengisahkannya bukan hanya untuk kamu, tapi yang paling utama aku mahu tahu cerita apakah yang "Aku" sedang ceritakan.