Thursday, July 06, 2006

sajak-sajak 22

KALAU HITAM ADA TONA YANG LAIN

Malam dan bunyi-bunyi aneh mengejutkan mimpi
dalam gelap warna hitamnya adalah layar ilusi
aku mahu lampu, aku mahu suluh seluruh
aku mahu kekuatan dan mahu ketakutan sembuh
lontar jauh sunyi, pergi benci, aku halau marah
aku terbang dari kamar cari ruang asing mungkin
ke kembaraan, migrasi dan sembunyi, sebalik angin sebalik
gunung, sebalik bulan aku lihat kamarku gelap pekat hitam
sebalik bulan aku tetap tak punya cahaya. Bayang-bayang adalah aku
gelisah adalah aku, kontang lembah adalah aku, juga
getar-getar lalang, jaring labah-labah yang koyak
pagar-pagar tumbang, kaca pecah yang berselerak
(lolong-lolong serigala
mendalang sebuah hikayat sengsara
terluput waktunya mengucap cinta)
aku impi punya daya segala dan aku doa kamu
aku lari dan menyelam ke dasar supaya hilang kamu
bait-bait puisi aku sulam di langit jadi awan moga hujan
ke negerimu di bawa tiupan takdir dan rindu jadi kurir
namun ribut petir dan kilat membakar aku kembali
merentung aku dengan lelah rasa sunyi dan benci
o cahaya aku rayu tika matahari lenyap jadi abu
o cinta aku rayu tika rasa menawar dan kelat sebu
buih memecah, rindu bersepah-sepah
aku jadi rongga, halimunan dan kosong
geluti hidup hampa, sebuah ruang lopong
tak mempeduli, jadi luluh ruh dan pudar jiwa
cuma doa moga hitam ada tonanya yang berbeza
balik tabir tirai ada bahagia tak sirna oleh dangkal dunia.


DARI MATA KETIGA

Hujan
Dan haruan
Adalah homogenus
Sewaktu belalang hinggap
Di hujung padi


IBU

Ibu
memancar cinta
dari kedua tangan
dan wajahnya
asalnya dari hati
tempat kami sembunyi
dari gusar
dan tempat tenteram
mendiam dan tenggelam
dalam kasih
dalam belai
sayang tak ternilai

Wednesday, July 05, 2006

NARHANSTRA

NARHANSTRA 2.7 : Surat Narnia Sirh kepada Anjas Ankara Non.

Surat ini adalah surat pertama yang dihantar Narnia Sirh kepada Anjas Ankara Non.

Saudara Anjas Ankara Non,
Surat ini mungkin aneh kepada anda. Ah, malah seluruh dunia pun akan melihat surat ini aneh barangkali walaupun tanpa sedar hakikatnya dunia ini juga sebenarnya aneh, hidup ini memang aneh, saya aneh dan anda juga aneh. Cuma kerana mahu jadi rasional, keanehan kita telah dikebumikan logik. Kita huraikan dengan falsafah lalu kita pun berubah jadi berprinsip. Lalu kita jadi rigid. Tanpa sedar kita jadi kaku oleh kubu yang kita cipta sendiri. Akal dan tindakan kita membeku lalu menjangkit pada perasaan. Perasaan kita digerakkan oleh akibat dan kesan dari perkiraan dan pertimbangan, lalu kita takut untuk luahkan apa yang benar dari lubuk hati, lalu keliru apakah itu jujur. Apa itu tulus, apa itu ikhlas. Apa itu cinta. Kerana itu bagi saya tidak mengapa kalau anda merasakan bahawa saya aneh apabila mengirimkan surat ini.

Surat kedua.

Saudara Anjas Ankara Non,
Mungkin seharusnya saya ragu-ragu menulis surat ini memandangkan anda tidak membalas surat pertama saya. Mustahil untuk anda menyangka apabila seorang perempuan mengirimkan surat kepada seorang lelaki, ia tidak bermaksud apa-apa.
(Tapi sungguh saya tidak ragu-ragu, sekelumit pun tidak.)
Lalu saya kira mungkin anda khuatir akan ayahanda. Ah, walaupun dia adalah raja anda, tapi dia juga adalah bapa saya. Saya tidak fikir apa yang diri saya perlu adalah atas perkiraannya semata-mata.

ada banyak lagi surat, malas nak taip, ha ha.

NARHANSTRA 2.8 : Aku Yang Mulia dan Agung Mukhad Sirh, Raja Haitur Yang Dilimpah Kurnia

Tidak! Aku bukan menghalang anakku jatuh cinta dengan Anjas itu kerana dia tidak sepadan tarafnya. Kalau benar aku terlalu agungkan duduk aku dan keturunan aku sebagai raja, tentu sahaja aku telah terima pinangan Raja Sintrani dahulu. Aku cuma mahukan dia bahagia. Aku tahu anakku takkan bahagia dengan Raja Sintrani walaupun dia raja sebuah negara dan aku juga tahu dia tidak boleh menyintai Anjas Ankara Non. Aku menolak Raja Sintrani itu dan aku tak menyesal walau akhirnya membawa perang asalkan anakku bahagia hidupnya.
Dan anakku itu, tidak boleh menyintai Anjas Ankara Non kerna mereka sedarah daging. Dia adalah benih aku dan seorang perempuan murah sewaktu aku curang pada arwah ibunya dahulu.

Saturday, July 01, 2006

Sajak-sajak 21


JURNAL DIRI

jualkan di pasar
jurnal diri ini
ada gambar bogel jelek aku
juga
jangan lupa hadiah percuma
jadam pahit
jadah
dan jajan


p/s
(kalau anda menaip “gambar bogel” di mesin gelintar lalu terjumpa entri ini, saya mohon maaf )







PATUNG BERUANG
(buat si kecil - si kecil Palestin)

Waktu adik baring dan patung beruangnya jadi bantal
dia terdengar ia berbisik ke telinga
hidup bukan sekadar main-main sahaja
lalu bilang adik padanya
carpe diem!
lalu tidur dan air liurnya meleleh ke bahu
lalu mimpi dan mimpi sebuah pagi baru
lalu mati dan mati seperti maut bukan seteru.


BERI SEPATU PADA PAK ABU

Beri sepatu pada Pak Abu
ia akan menukanginya dengan baik
dijahit tapak kuat
ditampal ketat-ketat
digilap pekat-pekat
“biarlah, mereka tentu tahu
apa yang terbaik
buat negara kita”
katanya ketika aku bicara
tentang harga petrol.

“Saya cuma pakai motor”
luah dia kesal
Kami ketawa bebal.


WORLD (DUNIA) MEMANG AKAN BERUBAH, GADISKU
(Buat Nor Diana)

Menangislah kerana dunia ini memang palsu, gadisku
berubah dan beredar dan berputar tanpa kamu sedar
dan airmata pun takkan henti realiti yang tawar itu
dimana kamu duduk dan dimana ia berdiri
janji dan mimpi hanya omong kosong dan berduri

Dunia ini tidak ada cinta
dan mata selalu kabur dengan kepalsuan dan pura-pura
pantai pun berubah dan bukit pun kan rebah
lalu jangan khuatir dan gundah
telanlah jua kepahitan walau payah
dan langkahlah gagah sebagai orang bermaruah


(Ya, betul. Absolut dan tidak diragui ini adalah untuk Nor Diana Mawi world itulah. Kalau anda kenal dia kirim salam untuk saya ye.)


LIFE IS A NICE PLACE
(Louise Gluck)

Life is a nice place (they change
The decorations
every season; and the music,
my dear, is just too
marvellous, they play you
anything from birds to Bach. And
every day the Host
arranges for some clever sort
of contest and they give
the most
fantastic prizes; I go absolutely
green. Of course, celebrities abound;
I've even seen Love waltzing around
in amusing disguises.) to
visit. But
I wouldn't want to live there.

Sajak ini ditulis oleh Louise Gluck. Ini adalah sajak yang saya suka dan sekiranya Gluck masih muda, saya mungkin akan jatuh cinta dengannya. Ha ha.
Bentuk puisi ini radikal, liberal dan melanggar norma-norma puisi konvensional. Isinya pintar, bernada sarcastik, ironi dan saya setuju hidup ini adalah pura-pura, shallow, dangkal dan kosong.
Seorang pengkritik, Deno Trakis menyatakan :
Walaupun puisi-puisi Gluck adalah “suram” ( yang memggambarkan tentang manusia yang terpisah dari keluarga, atau kepedihan oleh cinta yang ditolak, atau kekecewaan dengan apa yang realiti kehidupan berikan) ianya digambarkan dengan penuh perasaan (lyrical grace) dan puisinya adalah memikat sekiranya mengalami gangguan.


Ya, ya, betullah apa yang anda fikirkan tu, macam puisi saya ha ha.


BILA TERINGATKAN AKU

Waktu malam dan angin bisu
Jangan tidur
Dengarkan lagu klasik di radio
Bunyi memori
Akan bukakan ingatan
Halusinasikan matamu
Dan lihat aku
imej samar dan kelabu itu
Ambil belati dan bunuh
Mati dan menjadi ruh

(aku kan jadi hantu
yang kan selalu
mengacau tidurmu)

MATAHARI TIDAKLAH SETERANG MANA

Matahari tidaklah seterang mana
Kerana bukan ia yang membuat aku buta
Matahari tidaklah seterang mana
Kerna malam tetapkan gelap dan suram jua
(aku ambil pemetik api
bakar gambarmu
dan setelah ia menjadi abu
cahaya pun padam dan gelap semula)

Orang munafik ini masih percaya
Matahari tidaklah seterang mana.


METAPHORS
(Sylvia plath)

I’m riddle in nine syllables
An elephant, a ponderous house
A mellon strolling on two tendrils.
O red fruit, ivory, fine timbers!
This loaf’s big with its yeasty rising.
Money’s new minted in this fat purse.
I’m a means, a stage, a cow in calf.
I’ve eaten a bag of green apples,
Boarded the train there’s no getting of.


Wah, sekali lagi anda betul! ya, saya adalah seorang pervert kerana meminati penyair-penyair wanita yang menulis puisi emosional.