Saturday, July 01, 2006

Sajak-sajak 21


JURNAL DIRI

jualkan di pasar
jurnal diri ini
ada gambar bogel jelek aku
juga
jangan lupa hadiah percuma
jadam pahit
jadah
dan jajan


p/s
(kalau anda menaip “gambar bogel” di mesin gelintar lalu terjumpa entri ini, saya mohon maaf )







PATUNG BERUANG
(buat si kecil - si kecil Palestin)

Waktu adik baring dan patung beruangnya jadi bantal
dia terdengar ia berbisik ke telinga
hidup bukan sekadar main-main sahaja
lalu bilang adik padanya
carpe diem!
lalu tidur dan air liurnya meleleh ke bahu
lalu mimpi dan mimpi sebuah pagi baru
lalu mati dan mati seperti maut bukan seteru.


BERI SEPATU PADA PAK ABU

Beri sepatu pada Pak Abu
ia akan menukanginya dengan baik
dijahit tapak kuat
ditampal ketat-ketat
digilap pekat-pekat
“biarlah, mereka tentu tahu
apa yang terbaik
buat negara kita”
katanya ketika aku bicara
tentang harga petrol.

“Saya cuma pakai motor”
luah dia kesal
Kami ketawa bebal.


WORLD (DUNIA) MEMANG AKAN BERUBAH, GADISKU
(Buat Nor Diana)

Menangislah kerana dunia ini memang palsu, gadisku
berubah dan beredar dan berputar tanpa kamu sedar
dan airmata pun takkan henti realiti yang tawar itu
dimana kamu duduk dan dimana ia berdiri
janji dan mimpi hanya omong kosong dan berduri

Dunia ini tidak ada cinta
dan mata selalu kabur dengan kepalsuan dan pura-pura
pantai pun berubah dan bukit pun kan rebah
lalu jangan khuatir dan gundah
telanlah jua kepahitan walau payah
dan langkahlah gagah sebagai orang bermaruah


(Ya, betul. Absolut dan tidak diragui ini adalah untuk Nor Diana Mawi world itulah. Kalau anda kenal dia kirim salam untuk saya ye.)


LIFE IS A NICE PLACE
(Louise Gluck)

Life is a nice place (they change
The decorations
every season; and the music,
my dear, is just too
marvellous, they play you
anything from birds to Bach. And
every day the Host
arranges for some clever sort
of contest and they give
the most
fantastic prizes; I go absolutely
green. Of course, celebrities abound;
I've even seen Love waltzing around
in amusing disguises.) to
visit. But
I wouldn't want to live there.

Sajak ini ditulis oleh Louise Gluck. Ini adalah sajak yang saya suka dan sekiranya Gluck masih muda, saya mungkin akan jatuh cinta dengannya. Ha ha.
Bentuk puisi ini radikal, liberal dan melanggar norma-norma puisi konvensional. Isinya pintar, bernada sarcastik, ironi dan saya setuju hidup ini adalah pura-pura, shallow, dangkal dan kosong.
Seorang pengkritik, Deno Trakis menyatakan :
Walaupun puisi-puisi Gluck adalah “suram” ( yang memggambarkan tentang manusia yang terpisah dari keluarga, atau kepedihan oleh cinta yang ditolak, atau kekecewaan dengan apa yang realiti kehidupan berikan) ianya digambarkan dengan penuh perasaan (lyrical grace) dan puisinya adalah memikat sekiranya mengalami gangguan.


Ya, ya, betullah apa yang anda fikirkan tu, macam puisi saya ha ha.


BILA TERINGATKAN AKU

Waktu malam dan angin bisu
Jangan tidur
Dengarkan lagu klasik di radio
Bunyi memori
Akan bukakan ingatan
Halusinasikan matamu
Dan lihat aku
imej samar dan kelabu itu
Ambil belati dan bunuh
Mati dan menjadi ruh

(aku kan jadi hantu
yang kan selalu
mengacau tidurmu)

MATAHARI TIDAKLAH SETERANG MANA

Matahari tidaklah seterang mana
Kerana bukan ia yang membuat aku buta
Matahari tidaklah seterang mana
Kerna malam tetapkan gelap dan suram jua
(aku ambil pemetik api
bakar gambarmu
dan setelah ia menjadi abu
cahaya pun padam dan gelap semula)

Orang munafik ini masih percaya
Matahari tidaklah seterang mana.


METAPHORS
(Sylvia plath)

I’m riddle in nine syllables
An elephant, a ponderous house
A mellon strolling on two tendrils.
O red fruit, ivory, fine timbers!
This loaf’s big with its yeasty rising.
Money’s new minted in this fat purse.
I’m a means, a stage, a cow in calf.
I’ve eaten a bag of green apples,
Boarded the train there’s no getting of.


Wah, sekali lagi anda betul! ya, saya adalah seorang pervert kerana meminati penyair-penyair wanita yang menulis puisi emosional.

12 Comments:

At 11:34 PM, Blogger kingbinjai said...

saya sentiasa terpegun membaca sajak sajak anda

 
At 3:50 PM, Blogger jamrihusen said...

tq. (aku tak bleh cakap banyak dengan komen anda ni, ha ha)

 
At 10:23 AM, Blogger Korakora said...

world katanya
maka worldlah katamu.

putus katanya
maka sambunglah katamu!

 
At 10:32 AM, Blogger kingbinjai said...

blog ko ni kalo aku bukak kat opis, mesti tak dpt load tagboard tu hampeh tul opis aku punya security sistem nie!

 
At 3:44 PM, Blogger sakinah said...

hmmm..pervert?akak takut hang berjangkit manic depressive nya silvya plath....seorang perfectionist yang hopelessly romantic...bahaya tuh...tapi indah kan...sylvia plath mengorek setiap sudut hitam dalam hatinya tanpa segan silu...sharing dengan dunia jiwanya yang dia sendiei tidak dapat menguasainya...malah dia dengan rela succumb to segala kata hatinya....menarik..tapi bahay ooo..hehehe....kita akan sentiasa dipengaruhi dan terepngaruh dengan sifu2 dlm sajak2..mana2 yang mengkagumkan kita..sebenarmya kita mencari di mana keistimewaan setiap penyajak..kerna kita masih belum sampai lagi ke tahap oitu...masih dalam pencarian mencari identiti diri...

adu...akak membebel plak..sori..hehehe..terasa dengan kenyatanna adeq di sebalik sajak2 yang dipaparkan dlm posting ini....

 
At 8:49 PM, Blogger jamrihusen said...

buku nota- ironi kan. hu hu

king- ha ha....

kak - saya pervert sebab sajak dorang buat saya menyelam dan menyelongkar dalam sangat. :)
saya raya sylvia tu tersesat mencari diri. kalaulah dia jumpa tali yang lurus untuk dia pegang.(syukur saya sorang muslim)

Ah, tadi tengok TV. Sorang ahli parlimen tu cakap dia tak lapor kat bpr something bout kastam ke ape ntah kerana beliau adalah sorang penyokong kerajaan.

Aii...
(life is a nice place........
to visit. but i wouldn't want to live there)

 
At 8:08 AM, Blogger kingbinjai said...

apa add blog ko yang satu lagi tu? (kalo ko tak kisah la hehehe)

 
At 1:53 AM, Anonymous Anonymous said...

blog tu tak best, ha ha.

 
At 9:22 AM, Blogger kingbinjai said...

hahahaha ok ok aku paham hahahaha

 
At 10:33 AM, Blogger June said...

pervertttttttt!

we (women) need pervert. we demand for your continous existance from God.

 
At 10:17 AM, Anonymous Anonymous said...

Keep up the good work http://www.timemanagementtraining1.info/Sofas.html diazepam definition Muscle spasms and protonix pine sofas Solicitor asthma Chubby+naked+teens free credit report california

 
At 3:25 AM, Anonymous Anonymous said...

best regards, nice info mazda 3 buddy icons debt solutions high blood pressure sport bottles Chevrolet western hauler

 

Post a Comment

<< Home