Sajak-sajak V
LIDAH
(Al-Fatihah buat Ahmad Deedad)
Lantangkan yang benar
kerana kebenaran
adalah untuk didengar
inilah jalan yang lurus
dan selalu berarus
ujian itu makanan
kerana Tuhan mau berikan
syurga padanya
dia telah pulang
dan kitalah yang hilang
lidah dakwah dan pejuang
SUNYI
Menerjah hingar
dunia yang memudar
ini tiga pagi
aku pemuja sunyi
terlantar
dan waktu tetap berputar
di antara ruang-ruang
setiapnya sepi dan kontang
hening dan terasing
memakan karu hati
memaku segala bunyi
menghadam segala yang payah
dengan kekosongan yang indah.
Aku melarut dalam
alam diam
dan tenggelam.
LADANG GETAH AYAH
(Setiap pagi mencarik garis luka
menjadi titis-titis getah
mengalir ke corong
ke mangkuk rezeki tertumpah
tempat kami bergantung)
Ini ladang getah ayah
Padang mengenal susah dan payah
Pokoknya berbaris lurus tegap
Tertancap pada tanah sejuk lembab
Daunnya segar hijau dan subur
Musim panas ia mengering dan gugur
Dan di hujung sempadan ada paya kecil
Tempat menggagau haruan atau mengail
Kalau musim hujan pula datang
Kami ke ladang jarang-jarang
Biarlah pokok-pokok itu rehat sekejap
Setelah penat kudratnya kami hisap
Disini tempat tercurah basah peluh
Tapi tidak sekali kami mengeluh
Kerana ada rimbun daun jadi peneduh
JEREBU
Kelabu
keliru
menyesakkan
menutup ruang pandang
penuh racun kotoran
tapi jerebu hatiku
tak siapa tahu
ah,
menunggu hujan
aku tak nampak awan
esastera.com
esastera.com
DENGAR
Wah,
rupanya bukan payah
cuma beri rasuah
harganya juga murah
Aku kepingin jadi burung dan punya paruh
Aku ingin mematuk jagung yang belum jatuh
dari ladang orang
aku ini
cuma dengar-dengar cerita lalu akhirnya mau jadi Firaun.
9 Comments:
dia telah pulang
dan kitalah yang hilang
lidah dakwah dan pejuang
tepat dirasa mereka yg perasa!
This comment has been removed by a blog administrator.
Aku ni nak dakwah skit pun susah. Kekadang bagi contoh yg negetif pulak sampai orang tengok islam ni sgt menakutkan?
dunia hilang seorang pendakwah berkaliber dikala dunia penuh dengan pendakwah seliper. walaupun kita tidak pernah bersua muka, namun aku kirimkan jua nota terima kasih ini diatas ilmu yang telah engkau berikan.
al-fatihah untuk Allahyarham Ahmad Deedat.
sebenarnya aku pun bukan kenal sangat ahmed deedad. cuma dari internet & sokabor je. yelah, orang asik cite pasal mawi je, mana la aku nak tau pasal benda-benda camni.semayang ghaib pun tak buat. salah akulah, asyik nak hiburan je. hedonisme.
Very cool design! Useful information. Go on! » »
What a great site » »
Cool blog, interesting information... Keep it UP » »
best regards, nice info receipt printers Furniture bank michigan blackberry way oldies mp3 zoloft roulette Volvo 780 lights Pontiac exaust Large screen lcd comparison Pickens high school Home interior and wall decor for cheap prices Mycorporation.com incorporate a business credit report http://www.laptop-accessory-0.info
Post a Comment
<< Home